Apabila ditemulawak oleh Tertawan...

Saturday, February 12, 2011 10:27 AM dikarang oleh Ridhwan Marcello
Kerana saya tiada masa untuk hadiri temuramah untuk majalah-majalah hiburan apatah lagi majalah sekolah, marilah saya berangan ada orang nak temuramah saya dengan soalan-soalan panas, pedas dan menarik (macam gambaran masak lemak ketam). Mungkin tak patut panggil temuramah sebab saya bukannya kategori ramah kalau pertama kali jumpa. Temulawak boleh? Atau temujanji? Sebab saya kan janjirock.

Soalan: Lima perkara yang kami tidak tahu tentang anda?
Marcello: Apa ini? Kahwin dengan saya dulu.

Soalan: Apakah perkara yang anda malu untuk mengaku bahawa perkara tersebut buat anda sangat teruja?
 
Marcello: Bila lecturer kata "Okay saya nak bagi kamu assignments". Atau bila terasa nak buang air besar. Eh termengaku pula. Delete delete. BACKSPACE SEKARANG.

Soalan: Apakah perkara yang anda kadang-kala kesali kerana tidak memilikinya?
 
Marcello: Kemahiran untuk menipu. Emak selalu kata saya tidak pandai menipu (sebab bila dia merajuk dengan bapa, dia nak saya mainkan peranan). Kemahiran menipu saya sungguh lame sehingga kalau Brad Pitt ajak rompak bank, saya akan jadi karakter pertama yang mati dulu dalam Ocean 14.

Soalan: Apakah soalan lazim yang anda selalu tujukan apabila dibawa keluar berjalan?
 
Marcello: Kepada ibu bapa, "Ini jalan apa?" (Semangat nak hafal jalan sebelum ambil lesen. Amalan terpuji). Kepada sesiapa yang bertanggungjawab ke atas saya waktu kerja, "Is this place halal?". Kepada rakan taulan, "Agak-agak berapa jam lagi sampai?". Kepada pemandu bas atau LRT, "Dah boleh turun ke?".

Soalan: Ciri-ciri gadis idaman anda?
 
Oh okay, maaf temuramah/lawak/janji terpaksa dihentikan kerana Marcello nak cuba baca buku. Sehingga berjumpa di isu keluaran depan!


5 Response to "Apabila ditemulawak oleh Tertawan..."

  1. Nas Says:

    thenks singgah blog aku.. err...nape xping entri ko kat fb..kan snang org len nk usha
    erk..soklan pertama xleh blah.. perasan! hahahahaha

    ciri2 gadis idaman- hahaa..ko xde idea eh? lol

  2. Ridhwan Marcello Says:

    nas

    ak mmg selalu singgah blog ko da akan tinggalkan jejak yg sgt anoyying..wakakaka
    aku x suke la blog aku nie dibace oleh member2 satu IPT ak..sebab diorg mulut sgt la laghaaaaaaa...mcm nak tampa mulut demo sumo..hohooh
    soklan pertama mmg wajib dijawab oleh artis2 yg x bape laku mcm gua..wakakka
    ciri2 gadis idaman tu mmg ada idea tpie takot SIRIM x luluskan..bole? wakkaka

  3. Ermizi Muhamad Says:

    aku tahu kenapa soalan terakhit tu kau tak jawab .. . lalalal
    sebab kau tak punya jiwa-jiwa untuk perempuan barangkali ? HAHA . betul ?

  4. Ridhwan Marcello Says:

    wah ijie..xpunya jiwa2 utk pompuan eak...nak kene tempeleng ke?
    hahahaha...ak xbole ckp coz masih menunggu pengesahan sirim..wakkaka

  5. yut Says:

    follow2..